|
Aku membiarkan. Mungkin Afiq masih nyenyak tidur. Tak apalah, sekali-sekala nak tidur lama sikit. Lagipun, hari minggu siapa yang kerja. Aku meletakkan gagang telefon, kembali ke dapur untuk menjamu sarapan. Hidungku terbau aroma masakkan ibu. Nasi goreng!! "Wah! Baunya aje dah sedap. Apa lagi kalau rasanya kan, ibu?" aku berseloroh, memegang bahu ibu. Dia hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Tangannya begitu sibuk mengacau nasi yang sedang digoreng. Disenduk sesuap nasi untuk merasa. Kemudian, ibu menghulurkan sudu, giliranku untuk mencuba. "Hmmm...Lia tak tau apa lagi nak cakap. Sebab...sebab...masakkan ibu tak pernah tak sedap," aku memuji ibu. Wajahnya kelihatan ceria. Senyumannya lebar menampakkan barisan giginya yang putih. Ibu melirikkan matanya ke arahku lalu bertanya. "Dah telefon Afiq? Apa katanya?" Aku menjadi kaku. Kenapalah ibu tanya sekarang? Macam mana aku nak jawab? Abang Afiq tu entah kenapa tak bangun dari tadi. Hatiku bertambah risau. "Hoi! Ibu bertanya ni. Termenung pulak dia," ibu menyergah. Aku mencari alasan untuk menjawab. "Ops...jangan marah, bu. Bukan termenung tapi terpegun lah dengan nasi goreng ibu ni," aku berborak. "Ada aje alasan dia tu," kata ibu lalu mematikan api di dapur gas. Aku kalah, ternyata ibu lebih mengetahui. "Kalau belum tetapkan hari bilang aje. Ibu kan ada, boleh ibu pilihkan kalau Lia dengan Afiq susah sangat." Aku hanya membatukan diri. Tercegat aku berdiri di tepi meja makan. Merenung ke lantai sambil jariku memintal alas meja. Fikiranku terus melayang, memikirkan tentang Afiq. Apa yang di buat semalam, sampaikan susah betul nak bangun pagi ni?" Aku memasukki bilik Qamarul, adikku yang bongsu. Hmph! Dia pun masih nyenyak tidur. Aku menjenguk pula ke dalam bilik ayah. Seperti yang aku sangka, sekujur badan milik ayah masih lagi terbaring di atas katil. Dahiku berkerut, menjuihkan bibirku. Hatiku belum puas. Aku mesti telefon Afiq lagi. Kali ini, selepas dua deringan yang panjang, barulah panggilanku dijawab. Aku mendengus kasar. "Baru bangunlah ni. Asyik betul tidur? Buat apa semalam, sampai ayang telefon pun abang tak dengar?" aku menembak Afiq dengan bermacam-macam soalan. Tetapi tunangku tidak menjawab apa-apa pun. Dia hanya diam menyepi. Ni yang menaikkan darah aku ni, hatiku merungut. "Abang!! Kenapa boleh mengantuk sangat ni? Ayang telefon pun abang tak dengar ke?" Aku menantikan jawapan darinya. Akhirnya, dia bersuara tetapi suaranya agak berlainan. Kenapa suara perempuan pulak? "Kakak, umm...saya Rita," suara itu berkata. Aku mengangguk, seolah-olah dapat dilihatnya. "Abang Afiq...dia...dia belum bangun lagi. Umm...kepenatan agaknya. Sebab..." "Sebab apa, Rita?" aku sudah tidak sabar untuk mendengar penjelasannya. Jantungku berdegup kencang. Perasaan marah meluap-luap. "Sebab...kami..." 3 tahun sudah berlalu tanpa ku sedari. Aku termenung jauh mengingati kenangan silam. Tiba-tiba, aku tersentak. Tanganku ditepuk perlahan oleh seorang lelaki yang amat aku sayangi. "Ayang termenung pasal apa?" tanya suamiku. Tangannya meramas jariku. Aku membalas renungannya dengan senyuman manis lagi ikhlas. "Tak ada apa-apa, bang. Lia cuma teringat kisah lama. Hmm...di restoran ni lah Afiq melamar Lia. Masa tu, Lia lah orang yang paling gembira. Tetapi dalam pertengahan pertunangan kami, Afiq bersikap curang. Dia..." belum sempat aku menghabiskan cerita, suamiku meletakkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tak usah cerita lagi lah. Abang dah dengar entah berapa puluh kali dah," dia tersenyum. "Sekarang kan Lia dah ada abang. Hah...no more Afiq. It's Rayyan's turn to make your life more meaningful." Tangannya mencari perutku. Aku tunduk, tersenyum. Segan pula, walaupun kami sudah setahun berumah tangga. Setiap detik terasa seperti baru saja kami berkenalan. Malam ini, aku dan Rayyan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama dan sekali gus bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan kami dengan seorang bayi, yang akan dilahirkan dalam masa tiga bulan lagi. Rayyan mengucup keningku dan menghulurkan sekuntum mawar putih. Aku tenggelam dalam pelukkan suamiku. Rayyanlah lelaki yang benar-benar memahami dan menghormatiku. Terima kasih, bang. Lia cintakan abang." |
| ain October 14, 2005 10:55 PM PDT cepat tulis lagik!!! | ||
| easma October 14, 2005 12:02 AM PDT wah!! cerita best la.. | ||
| Fai the Fairness October 13, 2005 11:20 PM PDT Red>>hehehe tak sangka org semanis u simpan lipas hehehehe edaleeja>>yup im happy with lia hehe pasal i made her up heheh... | ||
| edaleeja October 11, 2005 03:21 PM PDT nasib baik lah Lia tu cepat dpt tahu kan? alhamdulillah ada Rayyan :) can't wait to read another cerpen of yours | ||
| Red Herring October 11, 2005 01:59 PM PDT Ooooh.. so sorry lahling.. Ingatkan bersambung lagik! *keeps all the hungry cockroaches back in their cages* | ||
| Fai the Fairness October 8, 2005 01:02 AM PDT alermak red!! citer ni dah abis lahhh hehehe ni citer pendek jer...kata cerpen kan hehe...nantikan lagi satu nyer cerita...insya allah, better than this | ||
| Red Herring October 7, 2005 05:06 PM PDT Am I the first one here? Heh. I await patiently for the story to unfold ok? Kalau tak unfold jugak I antar you package penuh dgn lipas lapar. ;P | ||
| Leave a Comment: |