Entry: Hanya Kau di hatiku Sunday, October 02, 2005




Cerpen I (tak tau ahh tajok apa nak bagi)

"Sayang, tunggu dulu!" aku terdengar Afiq Amirul berteriak memanggilku. Semakin kuat suaranya, semakin laju kakiku melangkah.

"Sayang, kenapa macam ni? Tunggu abang!" lagi sekali tunangku memanggil. Aku tidak pedulikan panggilannya. Hatiku sakit, remuk rasanya. Menyampah aku! Tetapi perasaan sayang yang sudah lama tersulam, membuat aku toleh ke belakang. Ya Allah, kasihannya Afiq. Maafkan Qamalia, bang. Qamalia terpaksa begini. Lia terlalu marah, benci dengan perbuatan abang. Aku berjalan dengan laju, hampir berlari.

Tiba-tiba, aku terjatuh sebab tersandung batu yang tidak aku tahu dari mana datangnya. Musibat punya batu! Buat malu aku aje, hatiku berleter. Aku cuba bangun dan sambung berlari tetapi kakiku terasa sakit. Aku menyelak skirt hitam, terserlah lebam di lututku. Aku mengaduh kesakitan. Tunangku semakin menghampiri dari belakang. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya. Aku pejamkan mata, mengharap agar semua ini hanyalah sebuah mimpi.

Aku terasa tangannya menyentuh bahuku, meramas lembut. Afiq membantuku berdiri. Aku melepaskan sentuhan itu dengan kasar. "Abang jangan sentuh Lia. Jijik!"

Afiq memusingkan badanku agar mataku bertemu dengan sepasang mata yang tajam renungannya. "Ayang, cuba bawa bertenang. Banyakkan istighfar. Mana perginya Qamalia yang abang kenal dua tahun lalu? Qamalia yang dulunya seorang yang penyabar dan kuat semangatnya. Bukan macam ni. Beri abang peluang untuk menerangkan semuanya." Suaranya tenang. Pandangannya tetap padaku, tidak menoleh ke mana-mana. Tunangku tidak menghiraukan sesiapa yang berlalu. Darah panas terasa menyerbu ke muka, aku jadi segan bila ada orang memandang, seperti menonton drama secara langsung.

"Sudahlah bang. Qamalia tak nak dengar lagi. Tak payahlah abang nak ceritakan semua. Lia dah nampak dengan mata Lia sendiri. Kalau itu yang abang mahu, abang lepaskan Lia!!"

Afiq memelukku. Aku lemas, lemas dalam sentuhan hangatnya. Terlerai perasaan marah, berbunga perasaan sayang. Tetapi egoku terlalu hebat. Aku cuba melawan perasaan indah itu. "Abang, tolong lah bang. Sebelum Qamalia terpekik kat sini, adalah lebih baik abang lepaskan Lia," aku berkata lembut.

Setelah mendengar permintaanku, Afiq melepaskan dakapannya. Dia mengangguk saja. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Afiq memandangku. Wajahnya tetap tenang, memandang wajahku yang masam mencuka sedari tadi.

"Kalau itu yang Lia mahu, abang tak boleh paksa. Abang akur saja. Kalau inilah yang dikatakan takdir, abang sedia terimanya. Abang harap Lia bahagia," Tunangku akhirnya bersuara. Aku tercengang mendengarnya. Apakah maksud Afiq? Apakah dia akan meninggalkan aku? Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku terlalu mengikutkan perasaan marah.

Memandang Afiq yang seperti putus asa dengan sikapku, hatiku berdebar. Jantungku berdegup kencang. Afiq dengan perlahan beredar dari situ, meninggalkan aku. Fikiranku mula bercelaru, tidak menentu. Aku ingin mengejarnya tetapi kakiku berdegil, tidak mahu bergerak langsung. Air mata mula berjujuran, aku melihat abang berlalu pergi.

Pergilah dapatkan dia! Tinggalkan egomu yang dikuasai oleh perasaan marah. Yang sudah tentu datangnya dari syaitan. Dapatkanlah tunangmu, Siti Qamalia, hati kecilku berbisik. Aku bingung. Takut. Takut kalau Afiq tinggalkan aku selama-lamanya.

"Abang!! Tunggu Lia, bang!!" aku berteriak. Afiq yang sudah jauh berjalan, tidak menghiraukan aku. Aku berlari mengejarnya, walaupun kaki terasa sakit. Apakah dia ingin membalas tindakkan aku tadi? Tidak, aku mesti cuba mendapatkan tunangku!

"Abang!!!"

bersambung...




   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments