Image hosted by Photobucket.com

Monday, December 04, 2006
Dia Yang Bermata Coklat

Dah hampir sebulan aku berada di Kyoto, Jepun. Aku ke sini pun untuk makan angin seorang diri. Stress dengan kehidupan yang sangat advance di Singapura. Lagipun, pengajian ijazahku dalam Pendidikan Prasekolah dah pun selesai. Inilah masanya untuk aku rehat.

Aku masih teringat kerisauan yang melanda ibu. Iya lah, aku ni anak perempuan. Yang bongsu pulak tu. "Buat apa kau nak pergi jauh-jauh, Ifa? Malaysia kan dekat. Lagi, saudara-mara kita ramai yang ada kat sana. Tak payah lah kau nak buang-buang duit duduk kat hotel." ibu mengeluh. Aku tahu, keputusan aku untuk belayar ke negeri yang jauh akan mendatangkan pembantahan dari keluarga.

"Alah bu, Malaysia tu dah beratus kali kita pergi. Ifa dah kenal dengan jalan-jalan kat sana. Ifa nak pergi tempat yang belum lagi Ifa pergi. So, I'm thinking of going to Japan." aku menyeka rambutku, yang menutupi mata. Kakak pun tak setuju dengan keputusanku.

"Siti Muzlifah, you are making us worried. Kau tu kan perempuan. Even though you are an active and adventurous person, itu tak bererti kau boleh pergi mana-mana saja." Kakakku, Maisarah, berkata sambil membaca Women's Weekly Magazine. Aku menjelingnya dan memandang abangku, Mazlan, yang sedang leka menonton televisyen. Dia seperti dapat merasakan aku sedang melihatnya, lalu dia memandangku.

"Well, abang rasa kalau Ifa nak pergi jugak, go ahead lah. Tapi make sure Ifa ada bawak kawan-kawan. So you won't be alone,"

Pada masa itu, hanya abang Mazlan saja yang setuju. Dia turut memujuk ibu dan kakak supaya membenarkan aku pergi. Bila saja ibu kata 'ok', aku pun berlonjak kesukaan. Tapi sekarang, aku rasa kesunyian pula. Di Kyoto, tidak begitu ramai yang fasih berbahasa Inggeris. Kadang-kala aku terpaksa menggawangkan tangan meminta arah. Geli hati betul.

Berpandukan map, aku menjelajah kota Kyoto seorang diri. Ada sesuatu yang menarik perhatianku. Hanagiku - Maiko Makeover Studio. Aku tersengih sendiri, membayangkan diriku yang lasak hendak mencuba dihiaskan sebagai maiko, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi geisha. Aku asyik menghendap ke dalam studio itu. Ada beberapa orang gadis yang sedang menunggu giliran untuk dihias. Seorang wanita sedang melilit kimono pada badan pelanggannya. Cantik sungguh!

"Hello!" ada orang memanggilku. Aku tersentak dan tergelak. Lelaki yang berdiri di belakang sedang tersenyum melihatku. Aku membalas senyumannya dan menuding jari, menunjuk ke dalam studio. Harap-harap dia dapat memahami apa maksudku.

"You want to try?" dia bertanya. Oh, dia boleh berbahasa Inggeris. Senanglah macam ni. Aku mengangguk sambil tersengih.

"I think you will look good." dia berkata lagi. Makin lebar senyumanku. Darah mula memanas mukaku, terasa sangat segan pula. Lelaki muda itu melihat wajahku. "Where are you from?"

"Singapore. Very small island. In Asia. Errmm...very near to Malaysia." aku menjawabnya penuh. Entah mengapa, aku rasa lelaki itu mungkin tidak tahu di mana letaknya Singapura.

"Ohhh..." jawabnya ringkas. Raut wajahnya berubah. Alamak! Dia tau ke Singapore? Agaknya dia ada belajar history tak pasal Japanese Occupation kat Singapore dulu? Alamak! Mati aku! Aku mula risau.

~bersambung...~


dah habis...ditulis oleh naura faiqah
dah baca? amacam?

Wednesday, October 05, 2005
Hanya Kau dihatiku


Aku membiarkan. Mungkin Afiq masih nyenyak tidur. Tak apalah, sekali-sekala nak tidur lama sikit. Lagipun, hari minggu siapa yang kerja.

Aku meletakkan gagang telefon, kembali ke dapur untuk menjamu sarapan. Hidungku terbau aroma masakkan ibu. Nasi goreng!!

"Wah! Baunya aje dah sedap. Apa lagi kalau rasanya kan, ibu?" aku berseloroh, memegang bahu ibu. Dia hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Tangannya begitu sibuk mengacau nasi yang sedang digoreng. Disenduk sesuap nasi untuk merasa. Kemudian, ibu menghulurkan sudu, giliranku untuk mencuba.

"Hmmm...Lia tak tau apa lagi nak cakap. Sebab...sebab...masakkan ibu tak pernah tak sedap," aku memuji ibu. Wajahnya kelihatan ceria. Senyumannya lebar menampakkan barisan giginya yang putih. Ibu melirikkan matanya ke arahku lalu bertanya.

"Dah telefon Afiq? Apa katanya?"

Aku menjadi kaku. Kenapalah ibu tanya sekarang? Macam mana aku nak jawab? Abang Afiq tu entah kenapa tak bangun dari tadi. Hatiku bertambah risau.

"Hoi! Ibu bertanya ni. Termenung pulak dia," ibu menyergah. Aku mencari alasan untuk menjawab.

"Ops...jangan marah, bu. Bukan termenung tapi terpegun lah dengan nasi goreng ibu ni," aku berborak.

"Ada aje alasan dia tu," kata ibu lalu mematikan api di dapur gas. Aku kalah, ternyata ibu lebih mengetahui. "Kalau belum tetapkan hari bilang aje. Ibu kan ada, boleh ibu pilihkan kalau Lia dengan Afiq susah sangat."

Aku hanya membatukan diri. Tercegat aku berdiri di tepi meja makan. Merenung ke lantai sambil jariku memintal alas meja. Fikiranku terus melayang, memikirkan tentang Afiq. Apa yang di buat semalam, sampaikan susah betul nak bangun pagi ni?"

Aku memasukki bilik Qamarul, adikku yang bongsu. Hmph! Dia pun masih nyenyak tidur. Aku menjenguk pula ke dalam bilik ayah. Seperti yang aku sangka, sekujur badan milik ayah masih lagi terbaring di atas katil. Dahiku berkerut, menjuihkan bibirku. Hatiku belum puas. Aku mesti telefon Afiq lagi.

Kali ini, selepas dua deringan yang panjang, barulah panggilanku dijawab. Aku mendengus kasar. "Baru bangunlah ni. Asyik betul tidur? Buat apa semalam, sampai ayang telefon pun abang tak dengar?" aku menembak Afiq dengan bermacam-macam soalan. Tetapi tunangku tidak menjawab apa-apa pun. Dia hanya diam menyepi. Ni yang menaikkan darah aku ni, hatiku merungut.

"Abang!! Kenapa boleh mengantuk sangat ni? Ayang telefon pun abang tak dengar ke?" Aku menantikan jawapan darinya. Akhirnya, dia bersuara tetapi suaranya agak berlainan. Kenapa suara perempuan pulak?

"Kakak, umm...saya Rita," suara itu berkata. Aku mengangguk, seolah-olah dapat dilihatnya. "Abang Afiq...dia...dia belum bangun lagi. Umm...kepenatan agaknya. Sebab..."

"Sebab apa, Rita?" aku sudah tidak sabar untuk mendengar penjelasannya. Jantungku berdegup kencang. Perasaan marah meluap-luap.

"Sebab...kami..."

~~~~~~~~


3 tahun sudah berlalu tanpa ku sedari. Aku termenung jauh mengingati kenangan silam. Tiba-tiba, aku tersentak. Tanganku ditepuk perlahan oleh seorang lelaki yang amat aku sayangi.

"Ayang termenung pasal apa?" tanya suamiku. Tangannya meramas jariku. Aku membalas renungannya dengan senyuman manis lagi ikhlas.

"Tak ada apa-apa, bang. Lia cuma teringat kisah lama. Hmm...di restoran ni lah Afiq melamar Lia. Masa tu, Lia lah orang yang paling gembira. Tetapi dalam pertengahan pertunangan kami, Afiq bersikap curang. Dia..." belum sempat aku menghabiskan cerita, suamiku meletakkan jari telunjuknya ke bibirku.

"Tak usah cerita lagi lah. Abang dah dengar entah berapa puluh kali dah," dia tersenyum. "Sekarang kan Lia dah ada abang. Hah...no more Afiq. It's Rayyan's turn to make your life more meaningful." Tangannya mencari perutku.

Aku tunduk, tersenyum. Segan pula, walaupun kami sudah setahun berumah tangga. Setiap detik terasa seperti baru saja kami berkenalan. Malam ini, aku dan Rayyan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama dan sekali gus bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan kami dengan seorang bayi, yang akan dilahirkan dalam masa tiga bulan lagi.

Rayyan mengucup keningku dan menghulurkan sekuntum mawar putih. Aku tenggelam dalam pelukkan suamiku. Rayyanlah lelaki yang benar-benar memahami dan menghormatiku.

Terima kasih, bang. Lia cintakan abang."



dah habis...ditulis oleh naura faiqah
(7) dah baca

Sunday, October 02, 2005
Hanya Kau di hatiku


Bibirku mengukir senyuman yang lebar. Lega rasanya setelah semua sudah kembali seperti biasa. Barulah aku mengerti pada apa yang terjadi. Ternyata, aku terlalu ikutkan perasaan.

"Itu pun ayang nak marah. Konon cantiklah muka bila masam macam tu? Tapi masam macam mana pun tetap ada manisnya," Afiq bergurau sambil memicit hidungku. Aku hanya tersengih. Geram pula bila dia menyakat aku. Aku menyandarkan kepalaku di bahunya.

"Manalah Lia tahu yang perempuan tu Rita. Lia tak pernah pun jumpa dia, cuma setakat dengar abang cerita pasal dia tu ada lah," aku mengomel manja. Tunangku mengusap kepalaku lalu tertawa.

"Lain kali tanya dulu, ini tidak. Terus aje dia lari. Abang pun tak sempat nak terangkan," tunangku menggeleng. "Rita tu dulu tinggal bersama abang sekeluarga. Maka itu, abang dah anggap dia macam adik sendiri," dia menerangkan kedudukan sebenar antara dia dan Rita, sepupunya.

"Lagipun Rita tu kan masih muda lagi. Dia belum habis universiti pun, masih menuntut. Hah...ni dia baru pulang dari Melaka. Sebenarnya, Rita ada masalah dengan Mak Busu. Sebab tu dia lari ke Singapura. Cari siapa lagi kalau bukan Abang Afiq yang handsome ni," tunangku berseloroh. Aku cubit pipinya dengan manja. Aku merenung wajah Afiq. Maafkan Lia, bang. Lia tak sepatutnya marah abang macam tu sekali. Lia tahu, abang tak akan tipu Lia. Air mataku mula menitis kerana malu dan rasa serba salah. Afiq mengesat air mataku. Dia mencapai tanganku lalu menggenggamnya. Kami beredar dari tempat rehat itu, berjalan menuju ke perhentian bas.

"Jangan nangis lagi lah, okey? Abang dah tak marah Lia lah. Kalau marah pun, cuma lima minit aje tadi. Masa Lia suruh abang lepaskan Lia. Tapi lepas abang dah jalan jauh dari Lia, rasa kasihan, rasa sayang, rasa rindu terus menusuk kalbu. Tak boleh angkat!" gelaknya, cuba membuat aku tersenyum. Ada-ada saja tunang aku ni.

"Lagi satu, abang janji abang tak akan letakkan tangan abang dekat siapa-siapa, biarpun dia adik abang ke siapa ke. Cuma mak abang aje abang mesti peluk dan cium, ok boleh?"

Afiq meletakkan tangannya di dahi, ala salute. Aku tergelak melihat telatah tunangku yang tidak putus-putus membuatku ceria kembali.

~~~~~~


Keesokan harinya, sedang aku menyiapkan sarapan di dapur, ibu berhenti menyapu lalu bertanya. "Lia dengan Afiq dah tetapkan hari? Ibu dengan ayah dah lama jugak tunggu Lia beritahu kami."

Mataku terjegil. Alamak! Macam mana aku boleh lupa nak plan dengan Afiq ni? Aku berhenti membuat kopi. Aku menoleh ke arah ibu yang sedang menanti jawapan. "Oh, err...kita memang dah pilih tarikh bila bu, cuma nak memastikan aje," aku berbohong. Kalau aku bilang ibu yang aku terlupa, pendek kata awan gelap akan selubungi rumah ni.

Wajah ibu tampak tenang. Dia termenung, melihat sampah yang terkumpul di penyapu. Perlahan-lahan ibu mengangguk. Ramalan cuaca menandakan cerah. "Kalau gitu, baguslah. Tapi cepat-cepat sikit. Makcik pakcik semua dah bertanya, bila Lia nak langsung. Ibu diam aje, yang nak kawin Lia bukan ibu. Pandai-pandailah Lia uruskan."

Aku tersenyum mendengarnya. Tanganku kembali membuat kopi dan mencapai piring berisi kuih-muih lalu meletakkannya di atas meja makan. "Nanti Lia telefon Afiq, ya bu?"

Ibu mengangguk lagi sambil menyapu. Aku bergegas memasukki bilik dan mencapai gagang telefon. Jari-jemari dengan laju memicit nombor tunangku yang sudah lama dihafal. Setiap deringan berakhir dengan nada peti suara. Aku cuba lagi. Tak berhasil juga. Mungkin abang belum bangun tido. Hmmphh dah pukul berapa dah ni...

Panggilanku yang kelima masih tidak ada jawapan. Hatiku mula risau.

bersambung...





dah habis...ditulis oleh naura faiqah
dah baca? amacam?

Hanya Kau di hatiku


Cerpen I (tak tau ahh tajok apa nak bagi)

"Sayang, tunggu dulu!" aku terdengar Afiq Amirul berteriak memanggilku. Semakin kuat suaranya, semakin laju kakiku melangkah.

"Sayang, kenapa macam ni? Tunggu abang!" lagi sekali tunangku memanggil. Aku tidak pedulikan panggilannya. Hatiku sakit, remuk rasanya. Menyampah aku! Tetapi perasaan sayang yang sudah lama tersulam, membuat aku toleh ke belakang. Ya Allah, kasihannya Afiq. Maafkan Qamalia, bang. Qamalia terpaksa begini. Lia terlalu marah, benci dengan perbuatan abang. Aku berjalan dengan laju, hampir berlari.

Tiba-tiba, aku terjatuh sebab tersandung batu yang tidak aku tahu dari mana datangnya. Musibat punya batu! Buat malu aku aje, hatiku berleter. Aku cuba bangun dan sambung berlari tetapi kakiku terasa sakit. Aku menyelak skirt hitam, terserlah lebam di lututku. Aku mengaduh kesakitan. Tunangku semakin menghampiri dari belakang. Aku dapat merasakan kehangatan tubuhnya. Aku pejamkan mata, mengharap agar semua ini hanyalah sebuah mimpi.

Aku terasa tangannya menyentuh bahuku, meramas lembut. Afiq membantuku berdiri. Aku melepaskan sentuhan itu dengan kasar. "Abang jangan sentuh Lia. Jijik!"

Afiq memusingkan badanku agar mataku bertemu dengan sepasang mata yang tajam renungannya. "Ayang, cuba bawa bertenang. Banyakkan istighfar. Mana perginya Qamalia yang abang kenal dua tahun lalu? Qamalia yang dulunya seorang yang penyabar dan kuat semangatnya. Bukan macam ni. Beri abang peluang untuk menerangkan semuanya." Suaranya tenang. Pandangannya tetap padaku, tidak menoleh ke mana-mana. Tunangku tidak menghiraukan sesiapa yang berlalu. Darah panas terasa menyerbu ke muka, aku jadi segan bila ada orang memandang, seperti menonton drama secara langsung.

"Sudahlah bang. Qamalia tak nak dengar lagi. Tak payahlah abang nak ceritakan semua. Lia dah nampak dengan mata Lia sendiri. Kalau itu yang abang mahu, abang lepaskan Lia!!"

Afiq memelukku. Aku lemas, lemas dalam sentuhan hangatnya. Terlerai perasaan marah, berbunga perasaan sayang. Tetapi egoku terlalu hebat. Aku cuba melawan perasaan indah itu. "Abang, tolong lah bang. Sebelum Qamalia terpekik kat sini, adalah lebih baik abang lepaskan Lia," aku berkata lembut.

Setelah mendengar permintaanku, Afiq melepaskan dakapannya. Dia mengangguk saja. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Afiq memandangku. Wajahnya tetap tenang, memandang wajahku yang masam mencuka sedari tadi.

"Kalau itu yang Lia mahu, abang tak boleh paksa. Abang akur saja. Kalau inilah yang dikatakan takdir, abang sedia terimanya. Abang harap Lia bahagia," Tunangku akhirnya bersuara. Aku tercengang mendengarnya. Apakah maksud Afiq? Apakah dia akan meninggalkan aku? Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku terlalu mengikutkan perasaan marah.

Memandang Afiq yang seperti putus asa dengan sikapku, hatiku berdebar. Jantungku berdegup kencang. Afiq dengan perlahan beredar dari situ, meninggalkan aku. Fikiranku mula bercelaru, tidak menentu. Aku ingin mengejarnya tetapi kakiku berdegil, tidak mahu bergerak langsung. Air mata mula berjujuran, aku melihat abang berlalu pergi.

Pergilah dapatkan dia! Tinggalkan egomu yang dikuasai oleh perasaan marah. Yang sudah tentu datangnya dari syaitan. Dapatkanlah tunangmu, Siti Qamalia, hati kecilku berbisik. Aku bingung. Takut. Takut kalau Afiq tinggalkan aku selama-lamanya.

"Abang!! Tunggu Lia, bang!!" aku berteriak. Afiq yang sudah jauh berjalan, tidak menghiraukan aku. Aku berlari mengejarnya, walaupun kaki terasa sakit. Apakah dia ingin membalas tindakkan aku tadi? Tidak, aku mesti cuba mendapatkan tunangku!

"Abang!!!"

bersambung...





dah habis...ditulis oleh naura faiqah
dah baca? amacam?


Image hosted by Photobucket.com


takde benda sangat. blog ni aku buat simpan cerpen2 aku jer. so takde lah yang wasted kan. nak pi publish kat company2 gerek, takde tokoh plak aku. so kat sini jer lah korang baca, eh. jadi lah tu, masuk jugak internet. kwang kwang kwang.

my main domain


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed